Tahun ni sambutan Hari Koperasi Negara diadakan di Stadium Indera Mulia Ipoh. Acara tahunan ini dihadiri oleh para koperator seluruh negara serta pegawai SKM serata negeri. Acara kemuncak adalah penganugerahan Koperasi Terbaik dan disampaikan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Turut hadir adalah Menteri Besar Perak serta isteri.
Majlis ini turut diserikan dengan karnival koperasi. Pelbagai koperasi dari segenap negeri telah mengambil peluang untuk berniaga pada hari tersebut. Pelbagai jualan telah diadakan dan mendapat sokongan dari tetamu yang hadir.
Sebelah petang, mama mengambil peluang membawa Iman dan Nurin ke air terjun Salu. Pemadangannya sungguh indah. Airnya sangat sejuk, sampai menggil kami dibuatnya. Tapi seronok..
suasana dalam stadium...Menteri KPDNKK sedang berucap