Want your
own Fotopage?










 
Seribu Kenangan Hidupku!!!

By: zura robiai

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 27-Aug-2007 08:19 Email | Share | | Bookmark
My cheeky little monster turns 3...

kat lake garden
 
 
View all 6 photos...






Semalam anak teruna kesayangan mama nih genap berusia 3 tahun....dah nampak semakin cerdik dan cergas.

Perkembangan terkini Iman..

a) Very talkative.....celik jer mata sampailah ke tidur. Kadang2 dalam tido pun boleh bercakap (ngigau le tuh!). Every thing nak tanya, rimas gak kadang2. Letih woo nak menjawab...
b) Dia punya version of surah Al-Fatihah dan surah2 pendek yang lain dah lancar...alhamdulillah..
c) Sangat suka makan, tiap kali makan sure akan minta telur dan sotong. Kalau ada dua benda ni sure laju jer dia mengunyah. Seronok tau tgk dia makan, sampai buncit2 perut!! Kalau kita tanya dia 'Iman makan banyak ke?'....nanti dia akan jawab 'Banyak....Iman nak cepat besar, nanti nak tumbuk gajah....singa..'. Bleh gitu! Ayat tu semua mama yang ajar masa dia kecik2 dulu sebab nak galakkan dia makan...
d) Very2 close to his dad...anak manja ayah le katakan!. Mana ayah gi sure akan mengekor. Bagus gak kan, senang hidup mama...boleh berehat tanpa gangguan. Sampaikan ayahnya ke surau pun nak mengikut gak.....kalau tak bawak siaplah, satu apartment tu bleh dengar dia punya speaker. Tapi sekarang ni Iman lagi bijak pasang strategi, ayahnya bukak jer pintu...Iman akan keluar dulu. Nak tak nak...kena bawak jugak...hehehehe...
e) Dah banyak hafal doa seperti doa makan, doa ibu bapa, doa masuk tandas, doa belajar dan lain2. Ni semua hasil dari tunjuk ajar dari vcd kumpulan wardah tu(kalau tak silap!!). Doa tu semua dalam bentuk lagu, so selalunya budak2 ni akan tertarik dan akan cepat menghafal dan mengikut...
f) Dah pandai mandi dan pakai baju sendiri. Selalunya mama just akan carikan baju jer, nanti dia akan pakai sendiri. Bab mandi lak walaupun dia dah pandai mandi sendiri tapi kena monitor, sebab nanti dia akan main air lebih dari membersihkan badan. Nantikan, bila dia dah siap mandi....dia akan sound kita pulak suruh pergi mandi...heheheh...
g) Dah 4 bulan tak pakai lampin pakai buang kecuali semasa tido. So satu hari dia cuma akan pakai 2 keping jer iaitu untuk tido siang dan satu lagi tido malam. Banyak save woo...kalau tak kempis gak poket ayah kadang2 tuh... . If dia nak kencing dia akan beritahu begitu juga kalau nak yakk. Iman cukup alergik ngan public toilet...pernah dia termuntah sebab public toilet bau busuk. So kalau kat rumah if toilet tu dah lama tak cuci (kerja ayahlah ni) nanti dia akan bising, busuk!! Nak tak nak, his ayah mesti cuci gak....hehehe..
h) Kalau hari cuti suka ajak ayah ngan mama gi zoo. But instead of zoo, kami akan bawak dia gi naik kuda kat titiwangsa or naik tram kat lake perdana. Selalunya takkan cukup ngan 1 round....3-4 round baru dia nak turun. Sengih jer memanjang....puas hati le tu...
i) Pantang tengok iklan....semua dia nak. Selalunya mama akan ya kan jer tapi tak beli pun. Sampai sekarang Iman tak pernah makan junk foods....even ice cream pun mama tak beri. Kesian kan tapi nak buat camana....mama pentingkan kesihatan dia. Tak larat tgk dia sakit....
Ice cream tu mama tak beri sebab dia senang dapat batuk, susah nak baik lak tu. So pantang le sikit, dah besar sok bolehlah makan banyak2. Minum air pun cam tu, kalau gi kedai mama akan orderkan dia air suam (tak kisahlah bandung ke, barli ke, teh ke but mesti suam). Kalau yang mama punya ada ais...nanti dia sendiri akan kata 'Iman tak bleh minum, batuk nanti.....nanti besar nanti baru Iman boleh minum'
j) Very protective. Yang ni mama cukup suka... Kalau dia tgk ayah dia cubit2 mama ke (cubit2 manja gitu) or ayah dia marah2 mama ke, or mama sesaja buat sedih ke...nanti dia akan pukul/cubit ayah dia. Iman sound ayah dia...'Ngapa buat mama?'....hehehe...
Begitu jugalah kalau the other way round....dia sound mama lak...hehehe...
k) Kalau kita tanya dia sayang mama tak...dia akan mengangguk...sayang ayah tak....dia ngangguk jugak. kalau tanya 'Iman sayang mama ke ayah?'.....dia akan jawab 'Iman sayang mama dan ayah'....dua2...good boy!!
l) Mudah tersentuh...kalau tengok rancangan Bersamamu tu, dia akan sedih....tapi mulut riuh bertanya ngapa org tu susah....ngapa ayah dia tak kerja dan sebagainya...
m) Dah pandai nyanyi nursery rhyme macam twinkle2 litle star, london bridge, o'mcdonald....kalau yang melayu lak macam kereta kecil warna merah, burung kakak tua....banyak lagilah...tak ingat lak mama.. Paling best dengar dia nyanyi lagu rama2....'rama2 terbang merata...hisap madu di pokok bunga....rama2 aneka warna....tapi sayang hidup tak lama (kesian rama2 hidup tak lama)'....siap ada suara latar tu....satu lagi lagu gajah....'gajah hidung panjang....badan hitam besar...kaki macam tiang....telinga macam kipas....jalan bongkok2.....' apa lagi tah....tak ingat...
n) Ayah dia ajar nyanyi lagu anak2 nabi dan Iman suka sangat lagu tu....hey...mama pun tak tahu tau anak2 nabi ada tujuh orang tapi Iman dah pandai, siap hafal nama anak2 baginda lagi. Iman dah tahu siapa nabi...Muhammad katanya...mama nabi....dia jawab...Aminah....ayah nabi.....Abdullah katanya...
o) Simple english words pun dah pandai....ie seluruh anggota badan dalam english seperti armpit, shoulder, cheek, hair, eye, ear, nose dan sebagainya. Nama2 haiwan dalam english pun dah pandai spt fish, elephant, butterfly, cat, dog, frog, bird dsbnya. Kalau makan nasi pun dia akan minta fish....
p) ABC...123....counting....alif ba ta....tu dah pandai sesangat dah. Tapi Iman belum kenal huruf lagi...dia cuma pandai sebut jer...

tuan umh, sori ek. tumpang iklan jap dapatkan tudung kanak2. beli secara kodi atau untuk pakai sendiri. insyaAllah, harga dijamin lebih murah. sila ke fp saya.... http://amanishijab.fotopages.com/ Fri 31-Aug-2007 20:24
Posted by:norazia maratussolehah@yahoo.com  - [Link]
happy belated bday... Wed 5-Sep-2007 18:53
Posted by:Siti Ruzaimah  - [Link]
heheh pandainya mcm dalam iklan tuh..bertuah mama ngan ayah dia..semoga iman membesar menjadi anak yang soleh..

apapun sila laa berkunjung ke blog saya utk mengetahui peluang utk melabur dgn Unit Trust Public Mutual www.coachsanasini.blogspot.com
Tue 2-Oct-2007 07:15
Posted by:coach azrinscd@gmail.com
View all 12 comments Add comment


Tuesday, 21-Aug-2007 07:06 Email | Share | | Bookmark
Penat + letih + tension + stressed

 


My first trimester of pregnancy!!

Mesti mommies2 semua yang baca ni dah tersenyum ni...
Apa nak kata...this is my fourth pregnancy during my fifth year of marriage (can you all imagine!). Boleh kata setahun satu la ekk...(my first child 'menyahut seruan Ilahi' masa dia berumur 6 month... jangan tanya what happened...I dont want to tell cause it will definitely make me sad all day long)

Previous punya pregnancy mama langsung tak alah apa2. Makan pun tak kisah sangat, asalkan sedap di mata, sedap jugalah di tekak. Kalau orang lain wek2 muntah...mama rilek jer. Lansung tak beri kesan pada fizikal mama, cuma tang perut tu yang nampak memboyot... Masa tu mama berulang alik dari Seremban ke KL hari2 pergi kerja. Penat memanglah penat tapi still enjoy...

Sekarang punya pregnancy benar2 menguji kesabaran mama. Letih, lesu, stressed, depressed, pain semuanya bersatu dalam diri mama. I don't expect having a child at this moment. Mama rancang tunggulah Nurin dah 3 ke 4 tahun baru nak preggie balik tapi tak sempat. All the perancang and jamu's not working for me. Kuasa Allah, tak siapa yang dapat menolak kan....
Masa mula2 dapat pengesahan, mama benar2 blur. Don't know what to expect and what to do. Sampai sekarang pun mama belum lagi buat regular check-up...scan pun tak lagi. Rasa2 nya minggu depan baru nak pergi.
Hari2 sekarang ni mama selalu letih, asyik terbaring sepanjang hari. Sakit seluruh anggota badan especially bila balik kerja. Sekarang ni rumah dekat jer dengan tempat kerja tapi rasa cam travel jauh sesangat. Segala kerja rumah semuanya my hubby yang buat tapi mama tahu dia pun letih gak. Terkadang bila dia membebel letih dan kata2 mama ni malaslah, sengaja buat2 letih....deep inside my heart, mama rasa sungguh sedih dan depressed. How could he say something like that to me!! Mama bukannya sengaja nak mendera ayah tapi thing turn to be like that....pain here and there!! But I must admit yang my hubby banyak membantu doing householed chores, jaga anak, jaga mama and very supportive. Perasaan mama yang tersangat sensitif agaknya!!!
Bab selera lak.....wuish, also a big problem to me. Semuanya rasa tak sedap!! Dah lama mama tak masak kat rumah, asyik beli kat luar jer. Kadang rasa kesian gak kat my hubby and kids tapi mama memang benar2 tak mampu. Bila beli lak, masuk je kat tekak rasa payau jer. Kadang2 terpaksa gak telan cause kesian kat my hubby yang dah bersusah payah belikan. Nanti dia terasa lak macam pengorbanan dia tak dihargai....
Muntah jangan cakaplah....silap makan or something smelly jer boleh buat mama wek2. Habis semua yang mama makan keluar semula. Even bila Iman batuk2 or tersedak pun mama boleh ikut sama termuntah. Very weak at this moment!! (Panjang lak karangan mama hari ni... ) Kalau malam lak....mama akan berulang alik ke toilet every hours.... . Bila dah terjaga tengah2 malam tu tahulah kan....susah sangat mama nak tido balik. It takes me an hour untuk tido semula. Lagi satu...mama tak boleh langsung tido/baring atas lantai more than 2 hours.....nanti segala sendi dan anggota badan mama akan sakit2, rasa macam kena ramas2. Mama kena tido atas katil walaupun kadang boring gak sebab tak dapat tgk tv. Rasa cam nak beli tv lain lak letak dalam bilik....boleh tak ayah? I know he will definitely say no....

Iman seronok sangat nak dapat adik....he's hoping dapat adik boy sebab katanya dia dah ada adik girl. Mama tak kisah....lelaki ke perempuan ke...as long as dia selamat dan sihat walafiat. Oh yea...my EDD will be on 26th January, 2008. Masa tu cukuplah Nurin berumur genap 2 tahun... Hope that this time mama akan senang melahirkan. Masih terbayang betapa sakitnya masa bersalinkan Nurin dulu....berjuang untuk mengeluarkan zuriat ke dunia ini. Bukan senang nak membawa baby selama 9 bulan ke hulu kehilir. Baru 4 month+ pun mama tak larat, tak tahu lah nanti bila dah dah 8/9 month. Harap2 masa tu mama dah ok....tak ada sakit2 cam sekarang ni.




wah tahniah ye....bertambahlah lagi ahli keluarga next year......bertambah² lah juga rezeki dari-Nya...... Wed 22-Aug-2007 12:42
Posted by:CT@mamaLuqman  - [Link]
tahniah mama iman&nurin... sok biler dah besalin hilang semuanyerkan...saya pun penah rasa jugak... tp bile baby dah kuar semuanyer betukar....insyaAllah .... dan semoga semuanyer selamat...amin.. Sun 26-Aug-2007 15:45
Posted by:ct safarina siti_safarina@jabil.com  - [Link]
salam mama iman&nurin...tahniah!kite baru je lepas...awak nk mula balik dah..apa nk buat..rezeki murah...syukur & sabar ajelah ye...take care.senang2 jemputla ke perfectmama.com... Mon 27-Aug-2007 06:27
Posted by:farazila fara@asmb.com.my  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Wednesday, 8-Aug-2007 00:18 Email | Share | | Bookmark
Bercuti di Langkawi

Dataran Helang
laut lat tepi airport
Dataran Helang dari pandangan belakang
View all 29 photos...


Kali ni semua gambar yang tertera semuanya gambar mama dengan ayah aje sebab anak2 tak ikut...kira mama ngan ayah haneymoon la nih..

Actually, mama ikut ayah yang mengendalikan kursus di Institut Pengurusan Peladang (betul ke?) Langkawi. Kursus ayah selama 4 hari bermula ahad 29 Julai hingga Khamis 2 Ogos.

Kami bertolak dari Perak pukul 9.30 pagi sampai ke Kuala Perlis. Perjalanan dengan feri ke Langkawi mengambil masa lebih kurang satu jam dengan kadar tambang RM15. Disebabkab cuaca yang tak menentu, sampai sana mama mendapat sakit kepala selama 3 hari. Tension mama, tak dapat jenjalan, baring kat bilik jer.... Pekan Kuah pun dapat gi sekali je sepanjang 4 hari kat sana. Rugi woii....bukan senang nak dapat peluang macam ni.

Tapi mama sempatlah jugak membeli coklat, kain batik dan baju untuk Iman dan Nurin.




seroniknyer berbulan madu..
naper tak hantar nurin ngan iman kat umah auntie..
leh auntie jaga budak2 comel tu...
Tue 14-Aug-2007 02:32
Posted by:mamajannah  - [Link]
amboiii....mama & ayah g honeymoon ek....??? ....sesekali kite kene luangkan mase berdua jer kan ngan anak2...mengeratkan kasih sayang... ...tapi papepon...mesti teringat kat depa berdua...betul tak??? Thu 16-Aug-2007 04:17
Posted by:mama adam & ammar  - [Link]
ni kalau mini aku nampak ni mesti sibuk ajak gi ni heheh ....


http://syakirzainol.fotopages.com
http://soulpick.fotopages.com
Sun 19-Aug-2007 00:02
Posted by:syakir zainol syakir.zainol@gmail.com  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Monday, 23-Jul-2007 09:02 Email | Share | | Bookmark
ANAK MAMA DEMAM LAGI..

kesian tengok dia, asyik tido jer...
bibir pun merah giler sebab badan panas..


Huhuhuhu....sedih giler mama hari nih...
anak teruna mama yang sorang ni asyik demam jer...rasa2nya baru je 2 minggu lepas demam dah..
pening dah mama...
kadang-kadang mama harap biar je lah mama yang sakit, tak payahlah anak2 mama nih, kesian tengok diorang asyik merengek jer...
hari ni Iman cuti, tak gi nursery....so ayah pun terpaksa cuti sebab kena babysit dia kat rumah. Mama tak boleh cuti sebab cuti mama dah tak banyak...


abg iman tido ada style lah!!!!!
macam tngh berangan ja.....
abg iman dah sembuhke?hope get well soon ye...
Thu 2-Aug-2007 18:38
Posted by:CT@mamaLuqman  - [Link]
abg iman tido ada style lah!!!!!
macam tngh berangan ja.....
abg iman dah sembuhke?hope get well soon ye...
Thu 2-Aug-2007 18:45
Posted by:CT@mamaLuqman  - [Link]
Hah ye ke demam ni? Siap bergaya betul tido dia


http://syakirzainol.fotopages.com
Mon 6-Aug-2007 04:27
Posted by:Syakir Zainol a.k.a Abu Nafisa syakir.zainol@gmail.com  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Monday, 16-Jul-2007 23:05 Email | Share | | Bookmark
Nak jadik model ke nak jadik ustazah...

spek lagi besar dari tuan
 
 
View all 16 photos...

kelakar jer rasa bila tgk gambar nih..

Nurin ni cukup pantang kalau kita puji dia comel/cantik....bukan main lagi sukanya dia. Siap ke hulu ke hilir menayang baju or aksesori yang dipakainya. Kecik2 dah pandai bergaya....besar sok entahlah..






Bakal model spek mata....hahahaha...





Nak jadi ustazah ke Nurin????
Punyalah payah nak tangkap gambar dia....kena berkejar-kejar satu rumah untuk snap....

Sekarang ni Nurin dah 1 tahun 6 bulan..
Perkembangan terkini..
a) Bercakap....membebel jer macam mak nenek..
b) Pantang nampak kita bersiap, asyik nak mengikut jer. Siap gi ambik kasut sendiri suruh kita pakaikan. Kalau tak bawak siaplah...satu rumah boleh dengar dia meraung.. (tak malu betul anak mama nih)
c) Kalau bawak pasaraya dah pandai minta nak beli barang eg. baju or kasut (kuat melaram)
d) Kuat sangat minum susu, mana tak debot...makan pun leh tahan gak..
e) Sangatlah aktif....tak pernah dok diam satu tempat, ada jer yang nak dibuatnya..
f) Kalau dengar cicak berbunyi mesti dia kata tido, tido,tido.....macam le cicak tu yang suruh dia tido..
g) Suka sangat tgk cd alif ba ta yang bebudak nyanyi tu...kalau citer lain tu harap maaf le, tak layan..
h) Sangat2 manja ngan opah dan ayah...asyik dok melekat jer..
i) Jarang sakit tapi kalau sekali sakit mak aii...punyalah teruk, sampai 2-3 klinik gi..
j) Suka sangat tampar muka orang tak kiralah mama ke, ayah ke, abang Iman ke....sapa-sapalah!. Sakit lak tu tamparan wanita dia tuh...
k) Rambut dah semakin panjang, rimas lak mama tgk tapi nak potong sayang....nanti tak bolehlah buat tocang 2 kan..
l) Kalau nampak kita baring meniarap siaplah....masa tu dia akan naik atas belakang dan enjut2 kan badan dia....kuda...kuda....katanya!! Adeh...konon macam naik kuda le tu...



cantik gigi ustazah ni



http://syakirzainol.fotopages.com
Thu 19-Jul-2007 04:23
Posted by:syakir zainol syakir.zainol@gmail.com  - [Link]
Ala pakai tudung pun boleh jadi modelkan nurin!! comelnyer anak dara ni..gigit kang.. Thu 19-Jul-2007 06:55
Posted by:iena aka mamajannah  - [Link]
aunty,act birthday luqman 23 july tp sengaja dibuat awal sehari sebab isnin tu semua orang keja..... Thu 19-Jul-2007 09:48
Posted by:CT@mamaLuqman  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Friday, 13-Jul-2007 00:13 Email | Share | | Bookmark
Macam-macam ada..

Main-main atas katil
habisla kain pelekat ayah tu...
 
View all 11 photos...
Actually gambar2 ni dah lama mama peram...malas sesangat nak update fp, entah kenapa tah..

Seronok sangat Iman dapat main dengan Nurin atas katil tu...selalunya mama mesti marah punya, asyik menyelerakkan katil jer
Tapi hari tu mama kerja tapi ayah cuti. Apalagi....2 beradik ni pun apalagi, tak lepas peluang ler..




Hari Sabtu tu pulak, ayah dan mama bawak bebudak nih gi naik kuda kat Taman Tasik Titiwangsa.. favourite iman le nih..
Sempat ler singgah kat masjid Wilayah yang tersergam indah tu...
Wuish memang cantik arr.....patut pun datuk CT tu nikah kat sini...
Mama pun sanap2 ler gambar depa berdua tapi malangnya....
bateri pun habih, tak sempat arr nak berposing-posing bagai....




alamak apsal jadi mcm kt atas tu ek? huhu ...sowiiiii x reti camne nk edit balik Mon 16-Jul-2007 00:59
Posted by:farazila fara@asmb.com.my  - [Link]
syok abih main atas katil, tu kain pelikat dok buat selimut ke dok buat main nyorok² Mon 16-Jul-2007 05:55
Posted by:leezsa halimatul_liza@yahoo.com  - [Link]
ehehehe..so comel la 2 beradik ni..abg iman ni hensem betul. suka tgk pose dia duduk kat depan masjid tu
Iman & Nurin sengih cam gitu dah boleh jadik model iklan ubat gigi ni
Wed 18-Jul-2007 01:28
Posted by:Ed mama najihah+haris+Danisha edrina@gmail.com  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Monday, 25-Jun-2007 07:14 Email | Share | | Bookmark
Iman nak jadi ustaz...

anak terunaku..
nak gi beraya ke tu?
posing nampak...
View all 8 photos...
Anak teruna mama yang sorang ni kalau ditanya besar nanti nak jadi apa, dia mesti jawab nak jadi ustaz.....belajar kat syria...
Itu semua berkat didikan ayahnya yang sangat bercita-cita supaya ada salah sorang anaknya yang jadi ustaz or ustazah. Even sekarang ni pun Iman dah pandai baca alif ba ta sampai habih (dalam bentuk nyanyian le kan!!). Iman pun dah pandai baca doa dan yang paling mama terharu dia dah pandai baca alfatihah sampai habis walaupun bunyinya lain macam jer kan...
Baru semalam mama belikan dia Muqadam yang bila beri Iman dia mesti tanya....ngapa nama dia 'muka adam'...hehehe...kelakar tak???? Tak sangka lak mama sampai kat situ dia berfikir...

Perkembangan Iman yang dah 2 tahun 10 bulan ni (lagi 2 bulan nak sambut birthday)..
a) Dah pandai baca abc sampai habis
b) Dah pandai baca 123 sampai 10 dalam BM dan BI
c) Dah pandai baca alif ba ta sampai ya
d) Dah pandai baca doa makan, doa keluar rumah dan doa kedua ibu bapa
e) Dah pandai sangat bercerita especially cerita pasal haiwan
f) Dah pandai baca alfatihah sampai habis (walaupun bunyinya weird sikitkan)
g) Dah pandai ambil wuduk (sampai habis basah semua baju2)
h) Pandai makan sendiri dah (tak ada tumpah2 dah)
i) Dah pandai pilih baju sendiri, kalau mama pilih tak mau pakai (selalu gadoh ngan dia pasal baju)




Alhamdulillah..bagusnya Iman..sejuk perut mama mengandung
Seronokkan kalau ada salah sorang anak yg dapat jadiks ustaz/ustazah.
Insyaallah berkat doa mama & ayah..semoga termakbul hendaknya
Tue 3-Jul-2007 02:21
Posted by:Ed mama najihah+haris+Danisha edrina@gmail.com  - [Link]
alhamdulillah...bertuah mama dpt anak mcm iman nih...sejuk jerk ati dengar iman nak jadik ustaz sok beso...bnyk benda iman dah pandai yer sayang...sonok auntie baca perkembangan iman...mmg ader ciri2 bakal ustaz laaa...zu,ur lil prince n princess cute sgt laaa...lelagi si nurin tuh...rasa nak geget jerk pp dier yg boolat itew...leh ???

re:thanx zu coz sudi lawat fp mierul...maaf kerana lmbt reply...lately ter'bz' laaa... salam perkenalan dr mierul n co.
Wed 4-Jul-2007 23:58
Posted by:mamamierul ladybird9105@yahoo.com  - [Link]
Assalamualaikum Ustaz kecik...
__________________
Jom ke http://butik-mydreams.com ...
Koleksi utk ~ BREASTFEEDING MUM ~ PREGGY MUM ~ yang BERSAIZ XXL ~ dll......
Tue 10-Jul-2007 16:24
Posted by:Butik-MyDreams... butik_mydreams@yahoo.com  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Monday, 18-Jun-2007 14:07 Email | Share | | Bookmark
Prince & Princess to be...

serupa tak?
 
entah apa yang suka sangat tu...
View all 14 photos...
Ni lah gambar-gambar terbaru putera puteri kesayangan mama...
Dah besar panjang dan semakin cerdik serta nakal...
Kadang-kadang nak tersenyum tengok telatah diorang...tapi kadang2 tu geram pun ada especially bila tak nak dengar cakap, rasa nak cubit2 jer....






alamak..iman & nurin kalu colgate co nampakgigi diaorg nih leh diaorg offer jadi duta colgate.kekekekeke Fri 22-Jun-2007 08:18
Posted by:watie~mummy hani & ichlas  - [Link]
dah lama tak tgok 2 beradik nie..tudia nurin sengehhh..nmpk semua gigi..germ tgok dia sengeh gitu..lagi2 dgn rambut dia yg ala2 pokok kelapak tu ..cubit pp tu karang...eee geramnyaa... Mon 25-Jun-2007 05:59
Posted by:~ibu ayman~ aiwana_80@yahoo.com  - [Link]
eh? ari tu rasa dah komen... mana perginyer? hampeh btol!!! takpe komen lagi... auntie jijie geram to the max btol tengok pic nurin yg tersenyum cheeky tu!! rasa macam nak gigit pipi dia bleh??? iman plak makin lama makin hensem... be a good boy ye sayang... jaga adik bebaik!!! suka tengok pics dua beradik ni bergambar bersama... behave je! dress nurin tu cantiklahhh... i likeee!!!~ *muahz muahz* Wed 27-Jun-2007 05:49
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
View all 21 comments Add comment


Tuesday, 5-Jun-2007 09:04 Email | Share | | Bookmark
Selamat Bertunang

berseri-seri..
 
 
View all 15 photos...
Ni majlis pertunangan sepupu belah ayah yang daiadakan pada hari Ahad 2 minggu lepas yang berlangsung di Tapah, Perak.
'Bakal pengantin' perempuan yang kami semua panggil Alia nampak sangat cantik dan anggun.





:: cantek nyer bakal pengantin nih...mmg berseri2 wajah nyer..
:: melentik nyer bulu mata iman...cantek...!!! jeles aunty tgk tauuuu...
Tue 5-Jun-2007 05:15
Posted by:Iena & kids ku2rewang@gmail.com  - [Link]
dah besar dh aunty tgk Iman nih....makin pandai tgk camera yek.. ...lamer gak tak jenguk fp Iman...
to alia..selamat bertunang...
Wed 6-Jun-2007 03:37
Posted by:ina~ibu Aiman~  - [Link]
Slamat bertunang... Lame x merayap ke FP Iman n Nurin nih...byk entry tertinggal nih...Sorry ek....Dh besar dh 2 bradik nih....senang la ibu nye nanti ek? Thu 14-Jun-2007 09:17
Posted by:**Adam & Mummy**  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 22-May-2007 08:28 Email | Share | | Bookmark
Hari Keluarga JPK 2007

Bowling wanita
bowling lelaki
keluarga JPK
View all 6 photos...
Gambar-gambar ni dah lama sebenarnya, sempena sambutan Hari Keluarga JPK yang bertempat di Taman Tema Air Desa Waterpark....
Sungguh seronok dapat berkumpul beramai ramai dan bersukaneka...
Anak terunaku itu sungguh pantang nampak air...nak terjun ajer kerjanya..
Mama tak dapat nak ambil gambar iman main air sebab mama pun sibuk main air sama...heheheh...

best nye main air.....mesti sakan kan....mak pak nye skali.... Fri 25-May-2007 02:24
Posted by:mama adam & ammar  - [Link]
http://ihsanic.fotopages.com pelbagai pakaian menarik untuk anak2 tersayang.... Tue 29-May-2007 09:01
Posted by:Nur_Ihsanic nur_fikriyah@yahoo.com  - [Link]
Buat SEMUA WANITA...
Jom ke fpages kiter...Ada koleksi TUDUNG, KAIN PASANG, DRESS, dll.....

Buat PREGGY MUM...!
Kami juga ada koleksi maternity blouse dan dress...Jom....

Buat BREASTFEEDING MUM plak !!!...
Sudilah jenguk2 fp kiter....ada byk koleksi fesyen buat ibu-ibu menyusu...
"Susu ibu adalah hadiah termahal drp seorang ibu buat anaknya..."

semuanya di..... http://butik-mydreams.fotopages.com
Mon 4-Jun-2007 05:03
Posted by:Butik-MyDreams butik_mydreams@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.