|
|
| Wednesday, 9-Apr-2008 07:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My baby twin dah 3 month+
|
|
Husna tgh pandang mama...
Husna dah nangis nak tido...
Hannan dalam buai..minum susu...
Hannan baru bangun tido
So kecik...so comel...so adorable...
Mama rasa nak picit je Hannan dan Husna....geram sesangat.
Hannan dah 5.4 kg manakala Husna lak dah 4.4 kg...beza cuma 1 kg ekk...cepat2lah besa, mama dah tak sabar nak tgk anak2 mama ni berlari dan berkejar-kejaran..
Hannan kena demam campak, telinga bernanah dan sakit mulut...kesian tgk dia, asyik meragam jer. Kecik2 dah kena chicken pox. Risau gak mama kot2 Husna terjangkit sama tapi alhamdulillah setakat hari ni dia ok lagi....
Nurin tersengih tepi dinding..
Nurin dah 2 tahun 3 bulan, semakin petah dan aktif. Tak bleh dok diam langsung...entah mana dia dapat energy pun mama tak tahu....
Kulit Nurin la ni gatal2, asyik nak bergaru jer sampai luka2 badan. Semalam mama bawak gi klinik doktor kata alergik. Entah apalah yang dia tak tahan tu...memang kulit dia sensitif sikit, even kalau tukar brand lampin pakai buang tu sure kulit punggung dia merah2...kesian tgk dia!!!
Hope Nurin membesar menjadi anak yang solehah dan kakak yang baik pada adik2nya...okeh!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 1-Apr-2008 11:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PENYATUAN UMAT ISLAM DI BAWAH SATU BUMBUNG
|
|
Entry khas untuk ayah...special request nih...
Di atas adalah koleksi foto yg diambil oleh ayah pada malam Isnin 31 Mac 2008 bersempena kedatangan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (betul ke nih....ampun kalau silap!!) ke tadium Melawati, Shah Alam. Kualiti gambar kurang memuaskan...agak gelap tapi oklah daripada tak ada kan...kenangan beb!!
Cuma sayangnya gambar penceramah tak ada.....
Kebanjiran umat islam pada malam tersebut amat mengagumkan....datang dari serata pelusuk negeri...
Tak bleh cerita lebih2 ha ayah pasal mama tak ikut semalam....so mama tak tau apa2 pun....
entah kepala sapalah yang nampak skerat tuh...heheheh
|
|
|
|
|
|
| Monday, 31-Mar-2008 08:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
What we did last weekend..
|
|
2 hero yang bertakhta di hatiku..........
basah....iman tak dapat main
Kalau dah namanya hari cuti, memang kami sekeluarga selalunya tak dok rumah...ada je tempat yang nak pergi. Pagi Sabtu kami ke Mydin USJ membeli barangan keperluan rumah dan petangnya ke Taman Metropolitan, Kepong (hujan arr.....tak best!!).
Hari Ahad lak kami ke Tesco Shah Alam dan selepas tu tgk orang main go-kart kat Stadium Shah Alam.
Alkisahnya ayah baru belikan iman baju Superman (Iman yg beria-ia mintak tau...)....jadinya hari ahad tu Iman pun beria-ia nak pakai walaupun mama dan ayah dah larang kata baju tu panas....tapi dah namanya budak, dia nak pakai gak...
tebal muka mama bawak Superman gi jalan2...heheheh
Superman dah datang Malaysia.....
|
|
|
|
|
|
| Friday, 28-Mar-2008 00:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rumahku Syurgaku.........
|
|
Ni entry syok sendiri...heheheh..
Asyik dok msk gambar anak jer, so kali ni mama buat kelainan sikit. Buat entry pasal rumah....
Kami telah selamat berpindah ke sini pertengahan Januari lepas...masa tu mama br je melahirkan baby twin tu. So mama tak terlibat le masa proses angkut mengangkut brg....ayah je yg buat sorang. Penat tak ayah....hehehe...
Habih je mama pantang...mama terus balik KL dan memulakan kerja mengemas dan menghias rumah. So inilah hasilnya....
|
|
|
|
|
|
| Monday, 24-Mar-2008 07:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Perkahwinan Alia
|
|
Majlis perkahwinan ni diadakan pada cuti sekolah yang lepas. Cantik pengantin berbaju hijau pucuk pisang...
(ABAIKAN TARIKH YANG TERTERA...KESILAPAN TEKNIKAL)
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 11-Mar-2008 00:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
2 tahunlah.....
|
|
Haa....ni semua gambar yang diambil masa birthday Nurin yang ke-2
Birthday Nurin disambut secara sederhana dan lewat dari yang sepatutnya kerana masa tarikh birthday yang sebenar mama masih lagi dalam pantang. Insyaallah next year...boleh sambut sama2 dengan adik Husna dan Hannan....
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 6-Mar-2008 07:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Berendoi..
|
|
Majlis ni diadakan setelah habih pantang mama iaitu pada hari ke 45. Fuh lega....tak larat bebeno dok dalam pantang ni, semua tak boleh especially bab makan2 tu lah...
Majlis dimulai dengan upacara pijak tanah.....tah apa simboliknya pun mama tak tahu tapi dah macam satu adat kat kg kami ni bila dibuat majlis berendoi. Dah lepas pijak tanah pulak...baby akan dimandikan di halaman rumah (yang ni pun mama tak faham....ikut je cakap org tua2).
Dah selesai mandi, baru masuk rumah dan dipakaikan baju sementara kumpulan marhaban akan menyanyikan lagu mereka. Di pertengahan lagu, baby akan dimasukkan ke dalam buai dan diayun secara perlahan-lahan.
Abang dan kakak yang sentiasa menyibuk...
Husna
Hannan
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 5-Mar-2008 09:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Permata Hatiku.....
|
|
Setelah bercuti panjang, aku kini meneruskan kembali menjalankan tugas yang tertangguh.
Nak dengar macamana pengalaman aku melahirkan tak? Hehehe...rasa ngeri pun ada bila ingatkan balik. Tapi lega bila semuanya dah berlalu...........
Semuanya bermula dari tarikh hari raya aidiladha tahun lepas. Masa tu Nurin sakit...dia dijangkiti penyakit Hand, Foot & Mouth. Nurin dimasukkan ke wad Hospital Pantai Puteri, Ipoh selama 8 hari untuk menerima rawatan. Dek kerana dok dalam wad, so segala makanan dan minuman kami kena tapau dari luar. Kebetulan pulak masa tu penyakit cirit birit memang tgh hebat kat Ipoh....akibatnya Nurin telah terkena cirit birit selama 3 hari....kira 2 penyakit dalam satu masa. Kesian sangat tgk dia masa tu....lemah longlai, cuma masuk drip air je...makan minum semua tak boleh....
Dah habih tempoh kritikal dan dibenarkan keluar wad....kami sekeluarga pun baliklah ke Kota Damansara. Masa tu hari Isnin 1 Januari 2008. Esoknya aku ada pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh. Pagi Selasa tu aku pun pergilah buat regular check-up macam biasa....
Tiba-tiba doktor yang memeriksa tu nak seluk....nak tgk samada jalan dah bukak ke belum (padahal lama lagi....21 hari lagi dr tarikh due). Tup2....doktor tu kata jalan dah bukak....samada malam atau pagi esok mungkin bersalin. Dia pun suh dok wad takut terbersalin awal tapi aku refuse....aku nak gi opis dulu, nak settle apa2 yg patut dan serahkan surat MC. Doktor pun terpaksa le beri tp dia suruh aku dtg buat pemeriksaan sekali lagi seawal jam 7 pagi esok....
So...apalagi, berdebar-debar hati aku....takut dan seronok bersilih ganti. Aku sempat ke ofis dan seterusnya ke Nagoya dan Mydin membeli barangan rumah baru yang tak mencukupi.
Sebelah petang aku dah rasa sakit silih berganti. Peluh dah turun mencurah-curah dan tanda darah dah keluar tp aku still tak mau gi hospital. Akhirnya malam sakit bertambah kuat dan pukul 3 pagi aku pun mengajak suamiku ke Hospital Sungai Buloh. Anehnya sampai hospital sakit pun hilang dan aku pun dapat sambung tidur sampai pukul 6.30 pagi. Pukul 8.30 doktor seluk....katanya dah bukak 3 cm.
Pukul 10.30 pagi aku ditolak ke labour room......dan pukul 12 tgh, doktor pecahkan air ketuban. Masa tu baru sakit yang sebenar datang...... Aduh...tak tertahan rasanya....hanya pada Allah tmpt mengadu..
Nak panggil suami tak boleh sebab hospital ni tak benarkan suami masuk. Tensen den...
Akhirnya tepat jam 1.20 ptg keluar seorang bayi perempuan dan diiringi seorang lagi pada pukul 1.40 ptg....terawal 20 hari dari jangkaan doktor. Berakhir sudah kesakitan yang datang diganti dengan kelegaan dan kesyukuran.
Kembar pertama ku beri nama HANNAN NAJIHAH seberat 2.3 kg dan kembar kedua ku beri nama HUSNA NAZIRA seberat 1.7 kg. Dek kerana berat Husna kurang dari 1.8 kg, dia telah dimasukkan ke NICU selama 3 hari....dah alhamdulillah selepas itu kami dibenarkan pulang.
Sekarang, telah 63 hari berlalu dan berat mereka pun telah naik. Hannan dah 4.6 kg manakala Husna pula 3.7 kg. Semakin sihat dan tembam!!
Pelbagai pengalaman telah aku lalui menjaga kembar ni. Kalau sorang nangis....sorang lagi mesti ikut serta. Nak minum susu pun cam tu....even berak pun macam tu. Berpeluh jugak le teman kalau masing2 meragam...
SILA ABAIKAN TARIKH KAT GAMBAR TU....CAMERA SILAP SETTING...
HANNAN NAJIHAH
HUSNA NAZIRA
SERUPA TAK KAMI BERDUA????
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 18-Dec-2007 11:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Perkahwinan
|
|
Ni gambar2 yang diambil beberapa minggu lepas..
Majlis perkahwinan anak saudara ayah yang diadakan di Segambut dan majlis sebelah pihak perempuan diadakan di Batu Caves..
Semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat!!!
Tak larat nak cerita panjang-panjang....ngah mengah nih..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 29-Nov-2007 11:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Penyakit "M" sudah menyerang..
|
|
adoi....malasnya mama sejak kebelakangan nih...
jealous tgk fp kawan2 lain yang sentiasa ber'update' tapi apa nak buat...
penyakit "Malasssss" sedang melanda diriku.....
Tambahan lagi bila dah semakin berat nih....
Mama dah pun masuk 32 weeks....ini bermakna cuma ada 8 +/- weeks je lagi nak meletop...
Belakang badan mama ni pun dah start sakit2.....terasa ngilu2 bila bangun dari posisi baring.....jalan pun dah terkengkang-kengkang.....
Perut pun semakin membulat....dan dah terasa ada perlawanan bola sepak kat dalamnya...
Macam ni rasanya bila carry 'baby twin'.....
Semuanya berganda....kesakitan dan segalanya...
tapi keseronokan tu tak tergambar dengan kata2.....begitu indah rahmat yang Allah kurniakan kepada kami...
Tak sabar nak menatap wajah2 cilik yang bakal mewarnai kehidupan kami sekeluarga selepas ini....
Doakan mama selamat menempuhi segalanya (kalau boleh tak mau le ceasor kan....harap2 biarlah normal macam selalu)
Tapi kalau dah terpaksa.....ceasor pun ceasorlah.....janji selamat....AMIN!!!
So...kat bawah ni adalah gambar terbaru putera puteri mama...
Semakin aktif dan cergas....
|
|
|
|